Saya memang sangat bersemangat untuk update FP semalam. Tapi apakan daya, kelajuan internet yang macam malu-malu nak bergerak membantutkan niat murni saya itu. Lagipun hari ini sudah mula berpuasa, jadi mahu guna alasan tak larat nak menaip banyak-banyak takut tenaga habis boleh? :-D Terimalah karangan pendek saya seperti di bawah:
1) Menghadiri Majlis Perkahwinan sepupu saya di Kuantan. Ini sepupu saya belah ayah. Sepupu kedua yang berkahwin selepas saya. Hari Raya nanti makin meriahlah rumah Tok Putih dan Tok Hitam sebab bertambah-tambah ahli keluarga baru.
2) Teman budak kaki tembam ini http://www.majalahpama.com.my/extra/pertandingan-pama-guardian.asp(bertanding) di Sunway Pyramid sambil beri kata-kata semangat. Tok Hitam kata umur baru 7 bulan tapi dah kena masuk pertandingan bola keranjang. Budak kaki tembam a.k.a Luqman berjaya masuk 1 bola. Penyokong sorak bagai nak gila. Bola yang lain tak berjaya masuk bakul sebab masuk mulut dia. Haih geget gak budak ni nanti LOL
3) Keesokan hari ke Majlis Konvokesyen adik perempuan saya di Bukit Kiara. Dah 3 tahun dia grad sebenarnya tapi baru tahun ni Sime Darby buat Majlis Konvokesyen. Kumpul banyak-banyak katanya. Jimat kos. Apala Sime Darby. Saya tak puas hatila. (Eceh, saya plak yang emo)
Sekian, karangan pendek saya.
P/S: Sebenarnya banyak lagi nak cerita, tapi saya kecik hati dengan network yang lembap ini. Lain kali la ye.